+6012.213.4137

info@kosape.my

Institut Koperasi Malaysia
103 Jalan Templer, 46700 Petaling Jaya
Selangor

Great Minds Come Together

Penubuhan koperasi ini bertujuan menggabung dan mengerakkan kapasiti pesara yang luas pengalaman, mempunyai masa terluang dan sumber kewangan bagi memberi manfaat terus kepada anggota dan masyarakat ke arah mencapai matlamat untuk bahagia di dunia dan akhirat.

Latar Belakang

Bermula dengan kesedaran bahawa pesara professional mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang sangat bernilai dan perlu diberi platform untuk menyumbang kepada pembangunan insan dan gerakan koperasi khususnya dan negara amnya. Pesara juga mempunyai network yang luas, masa yang terluang dan sumber kewangan yang stabil.

Bagi membolehkan pesara professional menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, pesara perlu terus aktif mencetuskan idea dan menjalankan aktiviti bersama-sama melalui wadah koperasi kearah mencapai matlamat penubuhannya.

Melalui kepakaran dan pengalaman anggota, koperasi juga boleh membantu usahawan dan koperasi lain meningkatkan pencapaian selaras dengan hasrat Kementerian agar koperasi menyumbang kepada KDNK Malaysia dengan lebih signifikan lagi. 

Visi

Menjadi koperasi yang menggabungkan kepakaran anggotanya untuk menyumbang kepada anggota dan masyarakat kearah kesejahteraan bersama.


Misi

Mendidik, melahir dan membudayakan amalan kerjasama dikalangan cendekiawan koperasi untuk menerajui aktiviti keusahawanan koperasi yang memberi manfaat kepada anggota dan masyarakat.

Objektif

Menggabungkan dan menggerakkan kapasiti pesara yang mempunyai banyak pengalaman, masa dan sumber kewangan untuk memberi manfaat kepada anggota dan masyarakat. Pesara aktif, pesara sihat.

Mengapa KOSAPE ?

Penubuhan koperasi ini bertujuan menggabungkan dan menggerakkan kapasiti pesara yang mempunyai banyak pengalaman, masa dan sumber kewangan untuk memberi manfaat terus kepada anggota dan masyarakat. Pesara aktif, pesara sihat. Koperasi ini merupakan forum dimana “Great Minds Come Together” menjadi tauladan yang baik kepada generasi lebih muda.

Kumpulan sasar anggota koperasi ini adalah orang awam yang telah atau bakal bersara beragama Islam yang berumur kurang 70 tahun semasa memohon untuk menjadi anggota. Sebagai pesara, keperluan atau kepentingan bersama mereka adalah untuk menikmati hari persaraan dengan lebih bermakna lagi bahagia. Sentiasa aktif menjalankan aktiviti keusahawanan bersama anggota lain melalui koperasi.

Lembaga KOSAPE seramai 12 orang komited untuk mentadbir KOSAPE dengan mempraktikan amalan tadbirurus yang baik selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan sektor koperasi sebagai sektor ketiga penting dalam menjana ekonomi negara dan membantu meningkatkan pendapatan golongan B40 untuk menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.

TERHAD KEPADA PESARA DAN BAKAL PESARA YANG BERMASTAUTIN ATAU MEMILIKI ASET DI SELANGOR SAHAJA.

Ahli Lembaga
Koperasi

Khidmat Konsultansi

Berdasarkan kepakaran dan pengalaman anggota semasa aktif berkhidmat seperti Engineer, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan, Quality Management Consultan, Property Development, Sumber Manusia, Cost Planning Specialist, Takaful, Training Consultant, Arkitek, Penasihat Undang-Undang, Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi dan lain-lain. Koperasi menjalankan aktiviti perundingan dan bimbingan kepada usahawan, koperasi dan jabatan kerajaan dalam dan luar negara 

Pengurusan Program

Anggota yang telah bersara bekerja bersamasama menganjurkan program acara dan program seminar berdasarkan kepakaran anggota. Program seminar yang dianjurkan dari semasa ke semasa bagi membincangkan isu terkini telah diatur untuk dilaksanakan. Seminar Industrial Relation telah berjaya dianjurkan dan menjana pendapatan koperasi.

Pengurusan Pemasaran Online

Pada peringkat awal koperasi akan memasarkan produk dan perkhidmatan keluaran anggota dan usahawan secara maya melalui platform Online Biz yang dibangunkan. Apps KOSAPE sedang dibangunkan dan sedikit masa lagi akan menjalankan aktiviti Online Biz bagi membantu anggota dan usahawan yang menyertai KOSAPE untuk meningkatkan sasaran pasaran dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan selaras dengan tujuan koperasi ditubuhkan.

Pendaftaran Keahlian

Yuran Keahlian

RM 100 00
SEUMUR HIDUP
  •  
  • Yuran Keahlian atau Fi Masuk adalah RM100.00 untuk seumur hidup dan dibayar sewaktu pendaftaran keahlian

Modal Syer Wajib

RM 1000 00
MINIMUM
  •  
  • Modal Syer minima sebanyak RM1,000.00 wajib dibayar sewaktu pendaftaran keahlian. Sekiranya anggota gagal menjelaskan bayaran modal syer ini, bermakna keanggotaan belum dikira sah lagi. Anggota boleh mengeluarkan modal syer dengan meninggalkan syer minimum untuk kekal sebagai anggota

Simpanan Khas

RM 100 00
MINIMUM
  •  
  • Anggota boleh membuat Simpanan Khas (Crowd Funding) bagi membiayai projek koperasi dimana selain daripada menerima dividen tahunan koperasi sekiranya ada, anggota boleh memperolehi satu lagi dividen berdasarkan projek tertakluk kepada keuntungan projek. Anggota digalakkan menyertai projek koperasi dengan menyertai skim ini tanpa had.

GALERI KOSAPE

Borang Pendaftaran Keahlian

1
Maklumat Ahli
2
Maklumat Penama
3
Akuan Penerimaan

Akuan Penerimaan